“Salam Doktor. Saya ingin bertanya pada doktor. Saya sudah berkahwin selama setahun dan sekarang sudah lewat haid selama 16hari. Saya pernah cuba buat UPT, tp keputusannya negative. Dan pagi ni, saya didatangi darah seperti period (warna hitam kemerahan). Adakah saya perlu dapatkan rawatan di klinik atau ini adalah darah period yang delay tue. Cycle period saya adalah 30 hari. Mohon pencerahan dari doktor.”
Saya faham keadaan puan. Apabila seorang wanita yang sudah berkahwin cuba untuk hamil, kelewatan haid adalah suatu yang mendebarkan. Namun apabila ujian UPT adalah negatif, ia amat mengecewakan pula.
Banyak punca kelewatan haid, dan selalunya ia dianggap normal selagi kitaran haid berlangsung selama 21 hingga 35 hari.
Antara puncanya ialah emosi yang tertekan, senaman berlebihan, penurunan berat badan secara mendadak dan berat badan yang berlebihan. Semua faktor ini boleh menjejaskan tahap hormon dan mengganggu kitaran haid.
Kelenjar ovari biasanya akan mengeluarkan satu telur ovum pada kitaran haid. Biasanya berlaku pada hari ke 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur tidak disenyawakan, lapisan dalam rahim (endometrium) anda jatuh sebagai darah haid dan bermula hari pertama kitaran haid seorang wanita.
Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur ovum pada wantu yang sepatutnya, maka rahem tidak menerima semua isyarat yang diperlukan untuk menjatuhkan darah haid. Maka haid akan keluar lebih lambat.
Sebab itu bagi wanita yang mengalami masalah sebegini, harus mendapatkan suplemen (eg Ekstrak Kacip Fatimah) untuk mengimbangkan semula hormone, agar rahem dapat mengeluarkan darah haid, bukannya mengambil ubat untuk mengeluarkan haid. Ubat-ubatan seperti ini akan menyebabkan kesimbangan hormone lebih tidak sekata dan kelewatan haid akan berulang.
Selalunya kelewatan haid bukanlah suatu yang berbahaya, tetapi jika ia berulang-ulang melebihi tiga kitaran haid berturut-turut, dan ujian kehamilan adalah negatif, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan doctor bagi mengetahui punca kelewatan itu.
Terdapat dua kemungkinan yang lebih serius iaitu PCOS dan Hyperprolactinemia.
PCOS (Polycystic ovarian cyst) adalah masalah yang disebabkan oleh tahap hormon tertentu merangsang kelenjar ovari menghasilkan banyak follicle (kelumpang yang mengandungi telur ovum). Masalahnya ialah semua daripada folikel tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur.
Maka sperma tidak disenyawakan dan tiada kehamilan. Pada masa yang sama rahem tidak mendapat isyarat untuk mengeluarkan darah haid. Maka haid pun lewat, ujian UPT menjadi negative.
Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan bulu yang berlebihan di muka, dada dan bahagian bawah abdomen; jerawat, dan mempunyai berat badan yang berlebihan.
Sebab yang lain ialah tahap hormon prolaktin yang terlalu tinggi (hyperprolactinemia). Seorang wanita biasanya akan mengeluarkan hormone prolaktin apabila dia sedang menyusu badan. Kadar hormone prolactin yang tinggi ketika ini akan menyebabkan haid tidak datang.
Salah satu tanda seorang wanita mempunyai tahap prolactin yang tinggi ialah seorang wanita yang tidak menyusukan anak, tetapi mempunyai lelehan susu ibu dari puting payudara.
Namun tidak semua wanita yang mempunyai masalah itu mempunyai tanda seperti ini. Pemeriksaan darah adalah cara terbaik mengetahui keadaan ini.
Wallahu a’lam
0 comments:
Post a Comment