Gambar Hiasan
Cara untuk memulangkan duit yang di pinjam dan orang itu tak dapat hubungi
Assalamualaikum uolsss, baru2 ni KKR ada bertemu dengan seorang ustaz, Masa kami berjumpa tu, sempat juga KKR tanya pendapat pada ustaz ni cara yang terbaik untuk kita membayar balik duit yang kita pinjam, dan orang yang memberi pinjam tu kita tak tahu kat mana dan tak dapat dihubungi.
Apa yang ustaz tu sampaikan pada KKR tempoh hari, KKR nak share dengan uolsss semua.. Semoga dengan perkongsian KKR kali ni, dapat membantu kita untuk menambah ilmu pengatahuan.
Jom baca apa yang ustaz katakan pada KKR tempoh hari.
Kata ustaz :
Duit yang kita pinjam wajib kita pulangkan, sebab hutang sesama manusia tak akan selesai selagi hutang itu tidak dilangsaikan atau wang tersebut dihalalkan oleh pemberi pinjam. Kalau kita dah usaha dan mencari orang memberi hutang tu dan kita tak jumpa, carilah waris atau ahli keluarga mereka. Dan seandainya kita juga jumpa semuanya, sedekahkan wang itu utk sedekah jariah, contoh sedekah pada pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim ataupun pembelian tanah wakaf.
Sebaiknya duit yang kita pinjam itu, elok sedekah yang berkekelan dan niat duit tu kepada orang memberi pinjam pada kita. Maksudnya niat untuk atas nama dia. Dan sekiranya kita berjumpa dengan orang yang telah memberi kita pinjam setelah kita sedekah, maka wajiblah kita untuk membayar balik. duit yang kita sedekahkan itu, Insya Allah akan jadi milik kita.
Sekian atas perkongsian ini, moga entri yang KKR kongsikan ini memberi manfaat untuk kita semua
0 comments:
Post a Comment