Apakah batal wuduk apabila isteri dan suami bersentuhan. Minta dinyatakan dalil kemusykilan ini.
JAWAPAN
Assalamu'alaikum
Berikut adalah jawapan yang ditulis oleh Ustaz Zainys berkenaan dengan persoalan di aras :-
Assalamualaikum,
Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?
Menurut mazhab Syafi'i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.
Mazhab Maliki : Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.
Hanafi : Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.
Mengapa mereka berselelisih pendapat?
Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :
"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)
Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya :
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.
(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)
Wallahu a'lam
________________________________________
Soalan : Rasulullah pernah mencium 'Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki 'Aishah tetapi beliau terus beribadat. Apa komen Ustaz?
Jawab :
Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi'i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa :
1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).
Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi'i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk.
________________________________________
Soal :
Assalamualaikum.
Nak tambah sikit persoalan ini. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
Wassalam
-------------------
Jawab :
Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.
Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.
Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj) :
Soal : apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
Jawab : Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.
Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.
________________________________________
SUMBER
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-04-0122-hukum-menyentuh-isterisuami-apabila-berwuduk
0 comments:
Post a Comment