TERKINI: 50 000 KAKITANGAN KERAJAAN AKAN DIBUANG KERJA PADA 31 DISEMBER TAHUN INI

 

Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.





Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.



Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.



Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.

"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?

"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.

Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.

"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.

Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.


"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau.

Update:



47,728 Pegawai Kontrak Dalam Perkhidmatan Awam
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bilangan pegawai kontrak dalam sektor perkhidmatan awam adalah sebanyak 47,728 orang setakat 31 Januari 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata jumlah itu meliputi 43,861 pekerja lantikan 'Contract Of Service' (COS) dan 3,867 adalah lantikan 'Contract For Service' (CFS).

"Tidak timbul soal pekerja kontrak tidak terjaga dari segi gaji," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) yang ingin tahu jumlah pekerja berstatus kontrak dalam sektor awam pada masa ini.

Shahidan berkata, ini kerana bagi pegawai COS, mereka dilantik bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred gaji yang berkuat kuasa sama seperti pegawai lantikan tetap.

Tambahnya, dalam tempoh kontrak, pegawai akan melaksanakan tugas berdasarkan skop tugas yang ditetapkan bagi jawatan yang dilantik dan dibayar gaji beserta imbuhan tetap sebagaimana yang diterima oleh pegawai tetap.

Bagi lantikan CFS pula, pembayaran perkhidmatan pegawai serta fungsi tugas ditetapkan berdasarkan kepada perjanjian perkhidmatan dengan majikan yang dipersetujui oleh pegawai kontrak berkenaan.

Jelas Shahidan, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam termasuk pegawai kontrak dan tidak berbangkit isu kebajikan terabai kerana mereka juga menerima pemberian bonus seperti yang dinikmati pegawai tetap.

Dalam sektor perkhidmatan awam, COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji yang ditetapkan manakala CFS pula tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan yang ditetapkan.

sumber
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment