Al-Fatihah : (5 Gambar) Akhirnya Adik Olivia Nur Maisarah Pergi Jua Meninggalkan Kita Semua..


$%Kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan, Olivia Nur Maisarah Naqiu Fitri, yang menghidap penyakit hidrosefalus (kepala besar) meninggal dunia di rumahnya di Taman Kiara Mas, Kluang di sini, pagi tadi.

Menurut ibunya, Nurfaten Mohd Yusoff, 26, dia menyedari Olivia sudah tiada kira-kira 7.45 pagi ketika ingin mengejutkan anak bongsunya itu daripada tidur.

"Saya mahu kejutkan dia untuk minum air kira-kira 7.45 pagi tadi tetapi dia sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jenazah Olivia kini masih di rumahnya sementara menunggu kehadiran pihak hospital bagi pemeriksaan sebelum dikebumikan.





Kisah penderitaan Olivia pernah disiarkan Harian Metro sejak tahun lalu selepas anak bongsu daripada lima beradik itu terus terlantar akibat penyakit hidrosefalus yang menyebabkan kepalanya membesar berbanding saiz yang normal.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment